Monday, July 4, 2011

Abah dah pergi :'(

salam sume readers
sekarang dalam hati hanya tuhan saja yang tahu bertapa hati sedih dan tak kuat apa yang menimpa keluarga aku rasa sekarang macam sedang sesak untuk menyelamat kan diri dari tenggalam dalam air yg dalam aku kena terus berenang melawan arus untuk hidup itu la apa yang aku rasa sekarang..abah dah pergi..abah pergi bukan nya tubuh di tenggelami tanah tapi yang pasti abah dah pergi dan bukan bersama kami anak beranak lagi

yup air mata aku bercucuran sedih menahan sedih dan sebak..sejahat mana dia tetap abah aku dan mcm mana panas baran dia tuh pun itu yang mengajar aku tapi kadang aku sendiri slaloo tertanya kenapa dia sanggup melukai kami berkali-kali dan ini adalah kemuncak nya kesudahan segala penderitaan ini tapi di sebalik aku yang menderita dia tetap bapa yang aku kasihi dan smpi bila2 pun nama aku akan ttp berbinti nama dia dan itu la hakikat yang aku harus akui
hati aku yang terluka dengan perangai abah tapi aku rasa beribu kali remuk hati umi aku tak sanggup aku tgk melihat umi menangis sambil memeluk erat baju melayu abah bertapa aku sanggup melihat kesedihan yang umi tanggung..sebagai anak aku hanya mahu dia tersenyum dan aku tahu umi cuba sedaya upaya untuk ketawa bersama kami umi sama2 la kota kuat iuntuk membina kehidupan yang baru mari la kita lalui jalan ini dgn tabah yaa..
yang paling aku risau adalah keluarga yang sebelah sana ibu tiri ku yang tak kerja dan mempunyai anak yang kecil2 lagi..dan aku dah berbincang dgn umi untuk menanggung mereka buat sementara dgn gaji umi aku dan adik ana mana la cukup untuk menampung sewa rumah bil api dan air tak termasuk segala keperluan untuk kanak2 seperti susu pampers walaupun aku rasa mcm tak tertanggung tapi aku akan cuba yang terbaik
tak sanggup aku nak biarkan aku hanya berharap supaya di beri kekuatan untuk menghadapi dugaan ini..yang pasti selepas kejadian ini kasih sayang kami semakin erat dan saling bantu membantu..kadang2 aku sendiri mengeluh kepenatan mengeluh dengan apa yang menimpa kami risau dengan masa depan keluarga kami tapi yang pasti umi mesti merasa kan apa yang aku rasa lebih 1000 kali ganda kepenatan dan kerisauan aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk keluarga kami moga ujian yang allah beri ini mampu memberi kekuatan terhadap
kami untuk menempuh nya
dan kepada readers2 blog ini aku hanya mampu meminta sedikit doa dari kalian untuk kesejahteraan keluarga kami insyallah doa korg sume sangat membantu dan memberi makna kepada kami sekeluarga

aku harap mendung nie akan berlalu pergi dengan cepat nye biar kan la cahaya pelangi pula yang mengiringi kehidupan kami sekeluarga
thanks cz reading yaa


5 comments:

No name said...

Nur, semoga Nur kuat.. Tak dapat banyang kan kalau benda nie jadi dkt Lyz. Hope segala kesabaran, dan doa akan diberi pertunjuk oleh Nya.

wanie said...

cik nur, bertabah! wani doakan keluarga cik nur kuat semangat dan tak putus asa :')

said...

semoga tabah ye.doakan kesejahteraan roh arwah.

~cik tiram~ said...

cik nur...... sabar ea.... kuat kan hati dan semangat......:')

Elie Lily said...

kata orang, bila kita diduga oleh DIA, maksudnya DIA sayang kita..jadi kamu kena kuat dan tabah ya..semoga semuanya selamat dan diberikan rahmat.. :)